1 April 2021.
Hari ni Alang dan kawan alang ada task untuk line up Fin Fan. Fin Fann tersebut baru lepas cuci. Product adalah overhead distillation. Iaitu naptha.
Untuk line up, first skali mesti safety first. Walaupun valve tersebut ada history passing, tapi saya as operation team, kena aware dan tahu apa yang perlu dilakukan.
Ini adalah gambar valve dan equipment. Simple kan. Simple2 pun, tapi bahaya tau!!
Ok. First skali Alang sebagai Operation Team bersama contractor akan buat de blinding. Dari blind in, kepada blind out. Ada 3 point yg besar iaitu 8' 300.
2 inlet valve dan 1 outlet valve.
Untuk de blinding, kena buat bahagian bawah dahulu. Sebab apa?
Sebab product overheat distillate (Naptha) adalah liquid. Jadi bila liquid, kalau anda buat de blinding di bahagian atas, dan kalau valve atas passing, anda akan ada masalah untuk de blinding bahagian bawah. Sebab liquid akan accumulate dekat bawah dan susah untuk anda buat de blinding. Ok
Jadi buat de blinding bahagian bawah dahulu.
Pastikan gasket spiral wound dah ready ye. Ok
First skali, siapkan running water. Sources dari utility station dan juga fire water. Ok. Biasanya Alang gunakan fire water sebab Pressure fire water kuat. Dan flow air laju. Fin Fan di bahagian atas. Memerlukan Pressure air yang kuat.
Bila dah readykan running water, buka point valve. Biasanya Alang akan suruh buat alternate studbolt dan bila nak buka, di line of fire. Alang as operation team mesti ada di situ dan pastikan apa yang contractor buka adalah point yang betul dan selamat.
Bila dah buka, tukarkan position spectical blind menjadi blind out, dan masukkan gasket baharu.
Untuk inlet valve pun sama juga. Tapi, biasanya inlet valve akan passing. Walaupun double block isolation. Kalau passing nak buat apa alang?
Kena siapkan / preparekan running water. Sebab naptha ni adalah light product. Mudah terbakar. Bahaya.
Apabila buka, dan naptha keluar. Simbahkan / basahkan skali dengan running water. Dalam pada masa yang sama, buat properly blind out.
Bila dah siap tu, macam biasa housekeeping perlu dilakukan. Ok.
Dan bila dah siap blind out, Alang akan buka LOTO. Bila LOTO dah buka, alang akan preparekan untuk line up fin fan.
Untuk line up fin fann, Alang perlu pack kan line. Dalam tu kan kosong. Cara nak packkan macam mana Alang?
Untuk packkan line, buka crack open inlet valve. Buka dalam 10 - 15 minit dah ok. Pastikan valve 3/4 inch venting terbuka. Untuk eliminate air (udara) dalam line tersebut. Tapi kalau tidak bukak venting line pon tidak mengapa. Sebab biasanya dalam naptha, ada juga gas / vapour.
Line tersebut dari kosong akan dipenuhi dengan naptha. Itu namanya pack line.
Jadi bila dah penuh, then kasitau panelman, untuk line up valve. Bila panelman aware dan kasi green light, barulah buka.
In shaa Allah kerja yang kita lakukan selamat. Alang belajar ni pun, dari senior - senior Alang. Semua power - power. Banyak sangat ilmu oil n gas.
Aaa. Ini sahaja yang Alang nak kongsi kan. Terima kasih membaca. Terbaik. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment