Penerangan Steam Iron Philips dan Tempat Baiki Steam Generator Iron Melaka. alangXpert, steamironXpert, xpertrepair
Steam Iron Philips
Steam Iron Philips. Berbaloi ke beli iron mahal yang harganya mencecah ribuan ringgit? Macam tidak masuk akal. Iron sahaja rm1k++. Untuk gosok baju je kowt!!
Haa. Ni persoalan yang selalu bermain di fikiran 4-5 tahun lepas. Alang pun pernah terfikir juga. Kenapa perlu iron yang mahal untuk gosok baju. Iron biasa kan boleh yg harganya rm60++. Kan murah, boleh je menggosok.
Alang adalah repairer steam iron 013-6386109
-AlangXpert dari steamironXpert |
Banner steamironXpert |
Kemahuan atau Keperluan?
Part ni anda belum guna dan rasa lagi. Bila dah rasa, bila dah guna, bila dah beli, feel dia tu lain macam. Fuuuhhh! Memang ketagih menggosok beb!! Serius talk ni weyy. Sangat - sanagt best.
Ok guys. Atas tu intro awal 😁. Teruskan Membaca.
Assalamualaikum Semua. Pada zaman sekarang teknologi 2021, Alang pasti setiap kediaman rumah mesti akan ada seterika bangsawan.
Seterika bangsawan? Apa tu ye Alang?
Steam Iron Philips atau Tefal. Anda tahu kan 😊
Steam Iron Philips |
Kenapa mesti ada seterika steam iron ni? Apa kebaikkan / kelebihan steam iron ni?
Aaa. Untuk info, kalau nak cakap berkenaan dengan kebaikkan / kelebihan / positive sangat banyak. Antaranya
1. Selamat / save.
Baju anda tidak akan ada kesan terbakar / burn. Sebab apa? Sebab anda tidak perlu mengawal suhu secara manual. Semuanya auto detect. Dan untuk info tambahan, steam iron ini disetkan pada optimum temperature / suhu dan rangenya dalam 130-150°c. Jadi bila kena dengan anda punyer fabric / kain / baju, ia akan selamat.
2. Ringan dan ergonamic.
Iron philips memang sangat ringan. Jadi untuk menggosok sangat mudah. Best
3. Jimat Masa.
Kalau anda seorang yang bekerjaya, Alang pasti, masa sangat penting untuk anda. Terutama kepada ibu bapa yang bekerja. Kalau salah seorang yang bekerja, bole tahan lagi. Kan3. Jadi anda akan mementingkan masa. Untuk gosok 1 helai baju menggunakan steam iron masa, anda mengambil masa selama 30 saat. Tapi kalau anda gunakan iron biasa, anda akan ambil masa dalam 2minit. Sangat berbeza.
4. Kualiti menggosok ada.
Sebab apa alang kasitau ini? Sebab bila anda gunakan iron biasa dengan steam iron, fuuuhhh!! Jauh sangat bezanya. Ketagih menggosok beb! Anda akan tahu betapa nikmatnya dan bernilainya jika anda miliki steam iron. Sebab itu, jika steam iron anda bermasalah anda akan baiki / repair juga.
Haaa. Banyak kan. Kalau Alang nak explain kan lagi, memang banyak. Penat anda nak membaca nanti. Ok
*Alang bukan penjual steam iron Philips ye. Alang adalah salah seorang repairer steam iron di Melaka, Malaysia.
Bole cari di FB STEAMIRONXPERT - Baiki / Repair Steam Iron Melaka
Antara Steam Iron Philips Dan Tefal? Mana yang ok / best?
Pendapat peribadi, lebih baik pilih steam iron philips. Sebab spare part mudah cari. Ada je repairer steam iron yg boleh buat. Alang adalah salah seorang repairer steam iron. Ok. Alang cover area Melaka 013-6386109
Tapi kalau steam iron tefal, jika rosak, part tefal susah nak dapat. Takut nanti, jika rosak, xleh nak repair. Tu yang tidak sanggup. Huhu.
Itulah penyebab utamanya.
Apa beza antara steam iron murah2 yang harganya economi rm100++ dengan steam iron yg mahal rm800++ ke atas?
Bezanya Alang tidak pasti. Buat masa ni, Alang belum berkesempatan untuk cuba steam iron yang biasa.
Tapi kalau lihat demo yang seller jual, anda akan nampak perbezaan.
Apa bezanya Alang?
Kalau anda perasan penjual steam iron yang rm100++, dia akan spray steam dahulu sebelum menggosok.
Tapi kalau steam iron yang mahal, beza cara demo nya. Steam akan disemburkan KETIKA menggosok baju. Kirenya, apabila tapak iron kena di baju, pada masa itu, anda akan tekan trigger steam.
Steam tersebut yang membantu membetulkan / merobek segala kedutan di baju.
Aaaa. Cam tu. Ok kan. Bole faham ye 😝
Apa Perbezaan Steam Iron Dengan Steamer?
Steamer ni, kalau anda perasan, ada banyak dekat shopping - shopping mall. Ianya untuk menghilangkan kedutan baju secara vertically atau secara menegak. Tapi lambat sangat.
Berbeza dengan steam iron. Sekali gosok, terus licin. Memang padu teroks. Pastu, bole buat line dekat bahu lagi. Hehe. Okey 😁. Dan yang paling sangat selamat.
GC8628 Steam Iron Philips |
Kenapa steam iron mahal?
Kenapa ye? Ni kena tanya owner philips lah 😁😁😁
Cara Operasi Steam Iron?
Yang ni Alang ada sediakan video. Klik link ni. In shaa Allah anda akan faham. Subscribe Channel, Alang N Afiq
Tekan Link Ini https://www.youtube.com/watch?v=eXuQVqLQw38&t=2s
Channel Youtube Alang N Afiq |
Beli dekat mana steam iron philips yang harganya murah dan berpatutan?
Biasa yang menjual ni adalah agent - agent Amway. Anda biasa dengar kan. Dulu, agent amway jual model GC8330 / 40. Ni model lama. Best model ni.
GC8330 / GC8340 |
Selepas itu, Amway jual model GC8625 atau GC8616. Ni adik beradik. Harganya dulu Rm1400++. Kalau main kutu, boleh pergi Rm1700++. Ni kalau bermasalah, cust akan repair juga. Model GC8625/16 adalah model yang paling best bagi Alang. Puas hati sangat - sangat.
GC8616 / GC8625 / GC8650 / GC8651 |
Pastu sekarang, GC8625/16 tidak dijual di pasaran. Model yang Amway jual adalah Model GC8755. Tapi, model ni Alang kurang minat. Jangan kecam Alang ye. Ni pendapat peribadi.
GC8755 |
Model GC8755 ni tiada boiler. Jadi steam / wap yang terhasil tidak sekuat model - model yang sebelum nya. Sangat berbeza.
Kalau anda nak beli dan ada duit lebih bajet dalam Rm1500++ beli model yang power GC9660. Ni memang power. Puas hati. Bila anda pegang steam iron, anda akan rasa kualiti steam iron tersebut. Memang best.
GC9660 |
GC9630 |
Kalau bajet anda rendah sedikit dalam Rm800++, beli model ni GC8962. Model ni alang recomend. Boleh beli. Ok. Model ni pun, alang ada satu unit. Review pun ada di Youtube.
Tekan link ni. https://www.youtube.com/watch?v=-8ZjsyKDjrM
GC8962 |
Model GC8962 best, sebab harganya economi. Model yang boiler, dengan harga yang economi. Ok sangat - sangat dan dan terbaik. Tambahan, design nya yang tampan menawan.
Tapi model ni tidak terkenal. Mungkin Agent Amway tidak menjual model ni. Mungkin laaa.
Dan satu lagi, model GC7808. Model ni tiada boiler dan harganya Rm500++. Yang ni kepada yang bajetnya kecil.
Ini Link Review GC7808. https://www.youtube.com/watch?v=F0mHMypz7Qc
GC7808 |
Dari segi steam / wap yang keluar pun ok. Tiada masalah. Model Gc7808 Alang ada buat review. Jom lihat video di YouTube. Ok.
Xkisah kecil atau besar, ikut kepada kemampuan masing - masing. Bila dah beli, jaga baik - baik.
Jadi, anda dah tahu ke, model mana yang anda ingin beli. Pilihan di tangan anda. Okey. Yang penting jangan jatuh.
Pemilihan Steam Iron Philips. Ada Boiler atau Tiada Boiler? Mana yang terbaik?
Ada pro and cons sebenarnya. Kalau tanya pendapat Alang. Beli yang ada boiler. Eh jap Alang!! Boiler tu apa?
Boiler tu adalah tempat pemanas air. Air akan mendidir di dalam boiler. Kan namanya boil.
Sebelum itu, anda perlu faham philosophi / cara kerja steam iron. Untuk fahamkan, anda lihat video ini. Tapi dalam english lah. Ok. Bahasa orang puteh gitu 😁😁😁
Link
Haaa. Macam mana. Dah ada idea nak beli yang mana satu. Pilihan di tangan anda. Okey.
Perbandingan model antara GC8625/16 dan GC8755 dan GC7808 Dan GC9630 dan GC9660 dan GC8962.
Di atas adalah model - model steam iron philips. Yang alang listkan adalah berdasarkan alang punyer pilihan tau. Yang first choice hingga last choice.
1. GC8625/16. Alang paling minat model ni. Lawa dan menawan. Dari segi penggunaan, macam biasa sahaja dan steam yang dihasilkan juga memang mantap. Padu teroks.
GC8625 |
2. GC8962. Model ni Alang suka disebabkan harganya yang economi. Harga yang mampu milik dan steam yang dihasilkan pun ok. Alang ada buat review untuk Model ini. Klik video. Design iron ni macam Lamborghini. Memang menawan.
GC8962 |
3. GC9660. Kalau anda pegang model ni, anda akan rasa kualiti. Sangat kualiti. kepuasan dan berbeza dengan model adik beradiknya GC9630, GC9622. Model ni GC9660 ada auto steam. Ia detect vibration. Jika ada pergerakan, secara automatic steam akan keluar.
Kiri Sekali GC9660 |
Apa masalah yang biasa dialami oleh penggunaan steam iron philips. Tidak bagus ke steam iron philips ni?
Untuk pengetahun, alang ada 7 unit steam iron. Alang adalah salah seorang pengguna setia steam iron philips.
Kenapa alang ada banyak? Aaa. Alang kasi kepada parent alang 1 unit, parent mertua 1 unit, kakak 1 unit, adik 1 unit, sedara 1 unit, abang ipar 1 unit dan kakak ipar 1 unit.
Total ada 7 unit. Kann. Model philips bagus, sebab itu alang menggunakan steam iron philips.
Sebab utama alang menggunakan jenama Philips berbanding jenama lain seperti tefal adalah
1. Durability.
Tahan lama dan lasak. Biasanya penggunaan iron akan repair dalam jangka masa 5tahun dan ke atas. Ni normal lah. Dah sampai masa untuk servis kan. Contoh mudah, kereta yang kita gunakan setiap hari pun, kita akan servis.
2. Spare part ada.
Untuk info, spare part iron philips untuk kaki - kaki repairer seperti alang, memang ada. Tapi kalau nak dibandingkan dengan jenama lain, xde 😓. Takut nanti, bila steam iron jenama lain bermasalah, rosak, then spare part tiada, then buang je. Beli dah laa mahal, part pula tiada.
Tapi kalau brand philips, in shaa Allah part ada. Cuma kalau brand lama2 agak payah sedikit untuk cari partnya. Kebanyakkan part memang ada.
3. Design yang menarik.
Ini adalah bonus. Setiap benda yang kita beli, atau yang kita mahukan, mestilah nak cantik kan. Sedap mata memandang. Begitu juga dengan alang. Mahukan sesuatu yang best. Aaa. Cam tu.
4. Selamat dan Tidak perlu kawal suhu / temperature.
Part ni paling alang tekankan. Kalau anda perasan, dulu - dulu punye steam iron, anda akan lihat ada regulator temperature control. Dan sekarang punye steam iron, sudah tidak ada temperature control.
Jadi kalau anak anda menggunakan steam iron, sangat - sangat selamat. Ok. In shaa Allah.
Jika Anda Baru Beli Steam Iron, Apakah Yang Anda Perlu Lakukan? Cara Menjaga Steam Iron Daripada Rosak?
1. Anda perlu menjaga hose cord anda dengan membeli spiral hose cord atau kain hose. Ada banyak dijual di shopee atau lazada. Alang pun ada jual. Tekan link di bawah untuk membeli.
2. Penggunaan air (water). Yang ni sangat - sangat penting. Sebab effect nya bukan sehari dua tapi Riga empat tahun akan datang. Ok. Bawa di bawah berkenaan jenis air yang perlu digunakan.
Apa pantang larang menggunakan steam iron?
Salah satu yang selalu kita selalu terlepas pandang adalah penggunaan air (water). Jadi, apakah air yang sesuai?
Untuk info tambahan, air (water) bila react dengan high temperature / suhu panas, ia akan jadi vapour/ steam / gas. Dan hasil mineral yang ada dalam air tersebut, akan melekat atau tertinggal dekat bahagian pemanas tersebut samada boiler atau Soleplate.
Sebab itu, anda akan lihat kesan2 kuning dekat baju anda. Itu namanya scaling. Lama kelamaan scaling tersebut akan jadi banyak, dan akan jadi kerak.
Jadi untuk mengelakkan berlakunya scaling, tidak boleh. Sebab ia memang akan terjadi walaupun sedikit. Cuma, kita bole kawal terjadinya scaling dengan menggunakan demineralized water atau nama melayunya air suling.
Air suling? Mana nak dapat air suling ni Alang?
Kalau anda pergi ke kedai, lihat botol - botol air mineral, anda lihat penutup botol. Ada warna putih, ada warna hijau, dan ada warna biru.
Penutup putih itulah air sulung.
Tapi agak costing jika kita asyik nak membeli air suling kan. Sangat banyak costnya.
Sudah memadai jika anda menggunakan air tapis seperti air coway atau air cucco. Tu pon dah ok sangat - sangat. In shaa Allah steam iron dalam keadaan yang padu
Ok sekarang air suling sudah anda gunakan tetapi masih lagi akan terjadi scaling walaupun sedikit. Macam mana nak buat?
Untuk mengurangkan lagi, kita perlulah buat flushing steam iron. Cara ni boleh mengatasi scaling yang ada di tapak iron ( Soleplate). Caranya, Air panas yang terhasil dari boiler, terus ke bahagian Soleplate, jadi di situ, air panas beserta tekanan akan menolak kotoran - kotoran yang ada di tapak iron.
Dengan cara ini, in shaa Allah akan hilang dan memberi impak yang besar kepada steam iron anda.
Tapak Iron kotor. Bagaimana cara membersihkan tapak iron?
Haaaa. Ni mudah sahaja. Anda cari di shoppee, anda beli cleaning stick. Rm40 macam itu.
Kemudian, untuk menggunakan nya, anda perlu onkan iron, tunggu sehingga panas. Apabila sudah panas, letakkan sedikit cleaning stick. Biarkan dalam 1 - 2 minit, kemudian bersihkan dengan kain. Okeyy 😁.
Mudah kan. Alang pasti anda boleh buat.
Kenapa bila menggosok baju, akan ada kesan - kesan kotoran kuning?
Yang ni Alang ada terangkan di atas.
Pemilihan steam iron mana yang bagus buat masa ini?
GC8962. Sebab model ni ada boiler. Ingat!! Kalau kngin membeli steam iron, beli yang ada boiler. In shaa Allah puas hati.
Apakah masalah Yang selalu / seeing berlaku untuk steam iron Philip?
Masalah yang sering dialami oleh penggunaan steam iron adalah lampu pemegang iron berkelip - kelip laju. Ini kenapa? Ini kerana steam iron anda ada error / alarm. Ada sesuatu yang tidak normal.
Banyak sebab kenapa berlakunya kelip - kelip ni. Antara kemungkinan yang ada dari power board electronic yang bermasalah, water pump rosak, thermister rosak dan lain - lain. Yang ni kena yang pakar troubleshoot. Kena check satu - satu component.
Ada juga yang problem berkelip - kelip meriah. Lampu decalc dan eco menyala. Fuuhhh!! Yang ni pun sama juga. Kena check satu persatu component. Bila dah Conform kan component, baru tukar.
Ingat, jangan main agak - agak ye. Sebab component steam iron agak mahal. Nanti costing kepada anda. Kesian cust. Alang selalu dapat cust macam ni. Dah beli barang untuk alang tukarkan. Tapi bila check, component yang cust kasi tadi ok, component lain pula yang bermasalah. Sedih, tapi nak buat macam mana.
Barang dah beli, kena simpan lah. Tu nasihat dari alang. Bayar lebih sedikit tidak mengapa, janji steam iron elok.
Masalah lain Yang pernah berlaku adalah seperti
1. Apabila tekan trigger, tapi iron tidak mengeluarkan wap (steam) tapi tapak iron panas
2. Tapak steam iron tidak panas
3. Water pump tidak berfungsi / running
4. Steam tidak cukup kuat seperti masa mula - mula beli dulu,
5. Steam iron berkelip - kelip di tempat pemegang
6. Boiler tidak panas
7. Tapak iron overheat
8. Boiler over heat
9. Bila on, tiada power dari board elektronik
10. Steam Iron berkelip - kelip di tempat on off
11. Soleplate ( tapak iron) overheat. Terlebih panas
10. Steam Iron Pecah di Tapak, Tangki Air, Tapak Iron Dan sebagainya. Masih boleh baiki ke?
Haaa. Kalau nak listkan memang ada banyak. Jikalan anda mengalami masalah, alang boleh bantu. Alang cover area Melaka. Tapi alang ada kawan - kawan seluruh Malaysia.
Part ni jangan risau ye. Ok
013-6386109. Wasap alang.
Apa yang menyebabkan baju anda tidak terbakar Dan tidak komot? Baju anda hilang kedutan?
Untuk info Yang Alang tahu, suhu tapak iron yang disetkan adalah yang minimum iaitu range 130 - 150°c. Jadi bila anda letakkan tapak iron di Baju anda, Baju tidak Akan terbakar/ overheat / hangit.
Pastu, bila anda gosok Baju tanpa menggunakan steam / wap, anda akan dapati baju yang anda gosok, akan ada kesan - kesan komot. Sebab iron tidak cukup panas.
Jadi, gunakan steam!!!! Conform, steam tersebut Yang suhunya lebih dari 100°c akan merobek segala kedutan @ komot seribu Yang Ada.
Perasan atau tidak, apabila steam iron anda rosak, tidak mengeluarkan wap, anda akan dapati, steam iron anda macam tidak panas. Haaaa. Reasonnya Yang Alang baru je terangkan di atas. Sebab tapak iron telah disetkan pada suhu yang minimum. Okeyy
Tips Penjagaan Steam Iron.
Kenapa Tangki Air Berlumut? Atau Ada Kesan Kuning / Karat?
Berlumut? Sebab apa? Sebab steam iron anda terdedah dengan matahari. Anda letakkan iron anda berdekatan di pintu atau tingkap. Jadi, bila air dah kena dengan cahaya matahari selama beberapa ketika, maka akan terjadinya lumut di dalam bahagian dalam tangki air.
Jadi untuk atasinya, jangan letakkan di bahagian yang terdedah dengan cahaya matahari.
Kesan kuning dalam tangki air. Dari mana datangnya? Kuning tu apa sebenarnya?
Ni yang alang tahu lah. Kalau info salah, maafkan Alang ye. Kesan kuning itu adalah mineral - mineral yang mendak sedikit demi sedikit. Ia terhasil bukan sehari dua. Tapi mungkin bertahun tahun, baru ada.
Kuning tu juga adalah karat. Kalau anda menggunakan air paip, kesan - kesan karat tersebut tertinggal / melekat dekat tangki air.
Jadi, bila dah ada kesan kuning ni, anda perlu bersihkan nya.
Cara Membersihkan Tangki Air / Water Tank
Ada cara untuk membersihkan tangki air. Bukan sesebarang boleh buat. Kalau Alang, alang letakkan special chemical untuk bersihkan. Perlu rendam semalaman.
Kena proper. Yang ni, anda perlu hantar kepada Alang untuk membersihkan. Ok.
Pengalaman yang pernah dialamai oleh cust Alang.
Cust kasitau, wap keluar beserta air. Tapi air tu macam berbuih. Alang kasitau, kene hantar ke Alang untuk troubleshoot.
Dan bila cust nak hantar kepada Alang, Dan Cust buangkan air Yang Ada Dalam tangki, air tersebut Ada bay wangi.
Cust Tanya maknya, ada masukkan apa2 Dalam tangki air steam iron ke?
Ibunya kasitau, dia Ada masukkan pewangi softlan. Kerala untuk Kasi baju bay wangi ketika menggosok.
Aduhhh!! Basin baik iron tidak mengalami apa - apa kerosakan. Syukur. Alhamdulillah.
Berapa Rate Untuk Repair / Baiki Steam Iron?
Ini sebenarnya bergantung kepada model steam iron, Dan Jenis kerosakan. Benda ini subjective.
Biasa anggaran harga Rm200 - Rm300, bergantung kepada jenis kerosakan.
Ok. Jadi kesimpulannya, jagalah Steam Iron Philip anda baik - baik. Sebab apa?
Kerana value steam iron itu yang Mahal.
Yee, harga memang Dan Mahal, value tambahan adalah masa anda untuk menggosok. Anda dapat kurangkan masa anda menggosok baju, Dan bole focus kepada kerja Yang lain.
Menggosok baju dengan laju, mudah ringan dan licin. Baru mantop!!
Terima Kasih
Comments
Post a Comment