Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.

Assalamualaikum Semua.

Tong sampah. Ada apa - apa maklumat yang anda tahu? Gambar dibawah, ada dua jenis tong sampah. Apakah bezanya?

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Tong Sampah Persendirian dan Tong Sampah dari Pihak Berwajib


Alang nak tanya, anda semua tinggal di kawasan mana? Rumah kampung ataupun rumah taman? Kalau kampung, Alhamdulillah, terbaik. Kalau taman, pun Alhamdulillah, terbaik.

Jika anda mendiami kawasan taman, tong sampah apa yang anda gunakan? Mesti tong sampah berwarna hijau. Betul? Yang ini.

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Tong Sampah Berwarna Hijau Keseluruhannya
Haaaa. Bagaimana anda mendapatkan tong sampah hijau? Tetiba ada je ke? Anda tidak tahu ke, siapa yang menghantar tong sampah hijau? 

Untuk pengetahuan anda, jika anda menduduki kawasan perumahan, iaitu duduk rumah taman, pihak pemaju akan memberikan anda satu tong sampah luar rumah yang berwarna hijau keseluruhannya.

Semasa pihak pemaju serahkan kunci rumah kepada anda, pemaju kebiasaannya akan kasi benda - benda ini
1. Cathode (elektrik)
2. Kunci rumah
3. Tong sampah bewarna hijau
4. Document ceklist lampu dan kipas dan document - document lain.

Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya, anda semua tidak tahu, hak anda semua. Ada satu tong sampah yang pihak berwajib, mesti kasi anda. Iaitu tong sampah ini. Tong sampah badan berwarna kelabu, penutup bewarna hijau. Gambar seperti dibawah.

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Tong Sampah Berwarba Kelabu (Body), Hijau (Penutup)


Sebab apa anda tidak dapat tong sampah yang kelabu ini, pada masa anda menduduki rumah taman?

Kerana, pihak SWM sedang memproses anda punya data. So, bila data owner rumah dah ada ke dalam sistem SWM, barulah tong sampah itu, akan diagih - agihkan. Okey.

SWM? SWM tu apa?

Maksud SWM adalah Southen Waste Management dan ia adalah syarikat pelupusan sampah. Ia cover di negeri selatan Malaysia iaitu Negeri Johor, Melaka dan negeri sekitarnya. Kalau negeri lain, anda kena tanya, siapa badan yang berkenaan yang menguruskan sisa domestik.

Sedikit info berkenaan dengan sisa domestik.

Sisa domestik adalah sisa buangan pepejal dan sisa buangan toksid. Menurut akta 672, sisa pepejal didefinasikan sebagai apa - apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh mana - mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.

Bahan buangan toksid ialah bahan buangan yang mengandungi sifat - sifat fizikal, kimia atau biologi yang memberi impak merbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Sisa domestik ini boleh menjejaskan kesihatan manusia dan membawa bencana alam kepada dunia.

Soalan yang Alang bertanya kepada pekerja SWM. Alang bertanya, sebab inginkan informasi dari pihak swm. Ini tong sampah yang bewarna kelabu ye.

1. Kalau tong sampah hilang, macam mana?

Jawapan : Kalau hilang, perlu buat report, then report tu kena hantar ke SWM untuk membuat tuntutan tong sampah yang baharu.

2. Kenapa kena buat report?

Jawapan : Sebab dekat body tong sampah, ada nombor siri. Contoh dibawah MEA208444. Itu adalah nombor siri tong sampah tersebut dan tong sampah itu telah didaftarkan kepada nama pemilik rumah / owner rumah. Sebab itu, report perlu dibuat jika anda kehilangan tong sampah.

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
No Siri di Badan Tong Sampah


3. Kalau rosak tong sampah, macam mana?

Jawapan : Ambil gambar, dan buat aduan ke SWM melalui call atau buat aduan atau surat permohonan baharu.In shaa Allah pihak berwajib iaitu SWM akan tukarkan dengan yang baru.

Tapi, kalau anda masih lagi menggunakan tong sampah yang berwarna hijau, dan tong sampah itu rosak, pihak SWM tidak akan menggantikan yang baharu. Kerana tong sampah hijau itu adalah milik anda. Bukannya milik SWM. Jadi, ia bukan tanggungjawab SWM.

4. Macam mana nak tuntut tong sampah?

Jawapan : Call dahulu SWM, nak tahu samada layak atau belum layak lagi, mengambil tong sampah baharu. Bila layak, buat appoiment untuk datang ambil tong sampah. Anda perlu bawa salinan kad pengenalan IC owner rumah dan salinan bil api atau bil air.

Berkenaan dengan tuntutan ini, kadang - kadang, pihak SWM akan kasi notis suruh datang ke padang di kawasan perumahan untuk mengambil tong sampah. Contohnya notis diberitahu pada hari Sabtu, 12/3/2019 pada pukul 5 petang. Jadi anda perlu pergi ke padang untuk mengambil tong sampah. Anda tidak perlu ke office SWM untuk tuntut tong sampah anda. Senang dan Mudah.

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Padang Di Kawasan Taman

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Tong Sampah yang ingin diagihkan

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Menunggu owner rumah untuk diambil

5. Boleh ke,kita sebagai pengguna mengambil 2 tong sampah?

Jawapan : Tidak boleh. Hehehe. Setiap rumah, akan ada satu tong sampah dari pihak SWM.


Kalau anda perasan, setiap tong sampah yang Alang ada, mesti ada nombor rumah. Sebab apa? Kerana untuk mengelakkan kecurian dan kehilangan tong sampah okeyy. Alang dah pernah kena. Jauh lari tong sampahnya. Tak tahulah siapa yang bawa lari.

Jom lihat, cara - cara spray nombor rumah ke tong sampah. 

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Alang Melakukan kerja - kerja Spray

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Alang Sedang Gam
Langkah 1. Pastikan anda sudah membeli spray cat

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 1. Pastikan anda sudah membeli spray cat
Langkah 2. Sediakan Gam



Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 2. Sediakan Gam
Langkah 3. Print Nombor rumah anda, dan gunting seperti contoh di bawah. Buat 2 atau 3 set nombor

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 3. Print nombor rumah anda, dan gunting seperti contoh di atas. Buat 2 atau 3 set nombor
Langkah 4. Gam kan kertas dengan tong sampah

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 4. Gam kan kertas dengan tong sampah
Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 4. Gamkan 2 atau 3 set kertas ke tong sampah anda
Langkah 5. Mulakan kerja - kerja spray



Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 5. Mulakan kerja - kerja spray
Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 5. Mulakan kerja - kerja spray
Langkah 6. Gunakan scrapper untuk buang cat di kawasan yang tidak perlu



Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 6. Gunakan scrapper untuk buang cat di kawasan yang tidak perlu
Langkah 7. Buka kertas yang telah di gam tadi. Ini Hasilnya

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 7. Buka kertas yang telah di gam tadi.
Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 7. Buka kertas yang telah di gam tadi.
Langkah 8. Gunakan scrapper untuk buang cat di kawasan yang tidak perlu


Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Langkah 8. Gunakan scrapper untuk buang cat di kawasan yang tidak perlu
Hasilnya. In Shaa Allah tong sampah anda tidak akan hilang.

Sisa Domestik. Cara Mendapatkan Tong Sampah Dari Pihak Berwajib iaitu SWM.
Hasilnya. 

Saya harap, ianya bermanfaat. Selepas baca, tinggalkan komen - komen anda dan kongsikan idea yang anda ada di ruangan komen di bawah. Bersama - sama kita berkongsi ilmu agar maafaatnya menyeluruh. Tq Semua. 

Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang.

Comments

  1. Hai nak tnya.. Msa bwt report polis tu kena nyatakan skali nombor siri tong sampah ke? Tong sampah kite pun hilang jgak daaa 🤦‍♀️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xyah rasanya. Sebab dah x ingat kan. Buat report ke SWM, pastu tnya SWM. OK

      Delete
    2. Tong smph sya warna hijau,bila mntk yg bru suh bt report polis.mmg mcmtu ke

      Delete
  2. Assalam. Nak tanya ada ke no cntc nak dptkan tong sampah ni sbb semasa proses serahan kami blum duduk lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terus call SWM, dan tanya nama en sudah ada atau belum di dalam sistem diorang. Kalau dah ada dalam sistem, tiada masalah, boleh set temujanji dan datang. ok

      Delete
  3. Kalau penyewa rumah boleh ke buat repot bagi pihak owner umh untuk tuntut tong sampah baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tong Sampah Hilang - baru perlu report polis
      Tong sampah baru nak ambil ( rumah baru) - Salinan IC & Salinan Bil utiliti ( api/air/astro/indah water/cukai pintu)

      Semua permasalahan boleh rujuk bhgian Logistik SWM mengikut negeri.

      Delete
  4. Salam tuan. Kalau rumah 2nd hand pulak camne? Saya masuk2 je rumah ni memang takde tong sampah. Tebal gak la muka membakar sampah 2 hari sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semak dengan Logistik SWM sebab mereka ada data penerima bagi tong di negeri mereka ( N9/Melaka/Johor SAHAJA)

      if memang belum ambil,owner/penyewa boleh ambil tong sampah dengan membawa

      1. Salinan IC
      2.Salinan Bil Utiliti ( api/air/cukai pintu)

      Delete
  5. macam mana nk mohon tong sampah di kwsn kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan Kampung
      1. Call dulu bahagian Logistik SWM ( mereka akan semak adakah kampung tersebut menerima servis perkhidmatan SWM)
      2. Jika Ya, sediakan salinan IC & Salinan CUKAI PINTU ( ada diantara kampung tidak membayar cukai pintu)
      3. Jika TIDAK, kampung tuan/puan memang tidak mendapat servis kutipan sampah

      dan mungkin juga kampung tuan/puan hanya menerima 1 unit tong besar (biasanya tepi2 simpang)

      Delete
  6. Tong smpah xde. Hilang rsenye. X tau sape ambik. Memg kne wt laporan polis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAJIB.

      apa pun sebab kehilangan tong tersebut,WAJIB membuat report polis sebagai rujukan dan pembatalan no siri tong yang lama ( sekiranya telah mengambil tong swm)

      Kehilangan - hanya boleh claim 1x SAHAJA secara PERCUMA. lebih 1x perlu membeli dengan pihak SWM

      Delete
  7. Saya sudah tinggal rumah ini adalah 8 tahun, sebelum membeli rumah ini, Kita tidak dapat tong sampah hujau ini. boleh saya dapat satu tong sampah hijau ini Tak, sebab kawasan rumah saya bangyak monkey selalu memcabut tong sampah saya dapat makanan. sudah rosak dua tong sampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tong SWM bewarna kelabu tutup hijau ini boleh diambil di Bahgian Logistik SWM negeri masing2 ( N9/Melaka/Johor SAHAJA)

      Delete
  8. Hai.. Boleh tak bagi tau inform cara nak instal Roda tong sampah tu.. Sebab Roda dan barang tu da pasang siap tapi tak boleh nak buka.. Sy nak pasang pada tong. Tak tau la macam mana boleh tcabut. Tapi batang n Roda tu da sekali pasang.. Puas buka Roda tu utk pasang pada tong n install semua Roda tu pd batang.. Cuba cari ada lock ke tak pada Roda n batang tu tp tak jumpa.. Please help me.. Thx u😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan design, ia direka utk sukar dibuka..so if dh pasang, memang xboleh unpin..if boleh dipaksa utk unpin, spring lock akan longgar dan tak akan grip kuat pada batang besi..solution: contact swm logistik negeri tuan, and mintak penukaran part tayar dan besi..dengan syarat memulangkan semula tayar dan besi dalam keadaan baik.

      Delete
  9. Askum mcm masalah sy..sy peyewa...masuk2 tong sampah x ada..tpaksa tumpang jiran..malu jugak..hehehe mcm mana ye klu mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyewa pun boleh ambil tong sampah mewakili owner rumah..dengan syarat owner belum claim tong sampah utk rumah tersebut..if dh pernah claim, dan tong sampah x ada depan rumah ia akan masuk prosedur tong HILANG..dokumen yg diperlukan :

      1. Report polis
      2. Salinan IC
      3. Salinan bil utiliti

      Untuk penjelasan lanjut hubungi bahagian Logistik SWM

      Delete
  10. Hi assalam. Sy try je ni, harap encik baca dan bantu. Sy call SWM tak berangkat call. Mungkin sbb PKP.
    Ceritanya begini, sy ni Melayu menyewa di kawasan perumahan baru yg jiran semua Cina. Masalah skrg, jiran cina depan rumah sy ni membuang sampah dia dlm tong sampah rumah sy. Sy pasti semua org yg masuk rumah baru dpt tong sampah hijau termasuk jiran sy tapi dia sorokkan tong sampahnya di parking rumah. Semua rumah di lorong ini ada ting smpah hijau kecuali rumah yg sy sewa ni. Malangnya rumah sy ni owner dpt tong sampah Kelabu (Milik SWM). Adakah itu membolehkan jiran sy tumpng sekali tong smph sy?
    Masalahnya dia buang sampah tak proper, x berikat dgn betul. Buang tin beer dan botol alkohol. Bab buang babi tu tak tahu lah.
    Tension. Harap encik boleh bagi sedikit pendapat.

    ReplyDelete
  11. Bagaimana Dan dimanakah kah saya boleh dapatkan nombor tong sampah saya yang hilang.Saya yakin tong itu masih ada dikawasan kejiranan saya.Saya hanya perlukan nombor siri yang didaftarkan atas nama saya sebagai bukti untuk mengambil kembali tong tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. No siri Tong sampah boleh diketahui dengan hubungi bhgian Logistik SWM negeri anda..maklumkan ingin dapatkan butir no siri. Mereka boleh bantu

      Delete
  12. Area muar,kampung simpang baba..kenape ye amek sampah tak bersih?angkat yg mne senang je..tOng tak diangkat,amek yg jenis mudah je..tgglkan sise sampah dlm tOng sampai busuk..bukan kite tak jge tOng sampah sendiri..da nme tOng sampah kan,mesti laa semue sampah dlm tu..awak kje amek sampah sgt mulia,tp kje tak ikhlas..

    ReplyDelete
  13. macam mana nak call SWM..Ada no tel atau whatssap

    ReplyDelete
  14. Boleh guna tong sampah yg di beli kt kedai hardware.adakah pihak swm akan kutip sampah yg bukan tong dari swm?.

    ReplyDelete
  15. Boleh tak nk mnta tong sampah untuk program kitar semula sekolah?

    ReplyDelete
  16. kalau beli rumah secondhand tong sampah x der..macamana nak dapatkan tong sampah baru

    ReplyDelete

Post a Comment