Senang Ke Nak Hidupkan Activekan Account Bank Islam Anda? Kad Bank Islam Hilang, Terus Block Dan Buat Baru
Senang Ke Nak Hidupkan Activekan Account Bank Islam Anda? Kad Bank Islam Hilang, Terus Block Dan Buat Baru
Assalamualaikum. Hari ni 11/4/2025 Alang pergi ke Bank Islam d Ayer Keroh melaka untuk buka account bank islam.



Ikutkan zaman Alang study Diploma, Alang gunakn Bank islam. Selepas daripada itu, Alang tidak gunakn Bank islam. Hehe.
Sampai Bank islam, sila ambil nombor dan tunggu giliran anda. Ok
Anda perlu membawa IC Dan surat tawaran haji
Nnti pegawai akan check status account.
Untuk info, kalau acc kurang dari rm10, bank islam akan tutup account bank anda.
Tapi Kalau dalam Bank islam ada duit contoh rm50
Setiap tahun akan potong rm10 sebb debit.
Sampai tahun ke 5, akan tutup account sebab duit bawah daripada rm10
Tu yg Alang faham la.
Pastu pegawai akan kasi no account bank islam anda dan transferkan rm10 untuk active kan semula account tersebut.
Pastu dia akan tanya semula no telefon, email, alamat dan lain2. Hanya follow arahan sahaja.
Kad lama akan block, akan gunakn Kad baru.
Selepas daripada aitu, proceed untuk buat Kad bank.
Tapi perlu cakap untuk pergi Haji. Kalau tidak kasitau, pegawai akan kasi kad biasa.
Kalau menggunakan kad ini (Merah) , anda akan di cas 10 Rial setiap kali pengeluaran duit.
Kalau gunakn kad warna putih, tidak dikenakan cas. Macam ada keistimewaan lah.
Tapi sebelum itu, anda perlu Activekan kad dekat mesin ATM
1. Bank Islam
2. Lain - lain
3. Kemaskini Kad Debit-I
4. Transaksi Luar Negara
5. Pengaktifan
Selepas Selesai dekat mesin Atm, anda boleh Cuba di Aplikasi Bimb Mobile.
Selain itu, anda perlu buat Pengaktifan Atas Talian.
Dalam pada masa yang sama, anda akan terima email.
Tahniah, anda adalah sorang penggunaan Bank Islam. Terima kasih bank islam. Terbaik.
Comments
Post a Comment