Pengalaman Berharga Semasa Kursus Perdana Haji Musim Haji 1446H / 2025. 19 - 20 April 2025.

Assalamualaikum. Hari ni 19/4/2025 adalah hari di mana, Tabung Haji melakukan program Kursus Perdana Haji 2025 di University Teknikal Malaysia Melaka UTeM.
Alhamdulillah. Semua ya berjalan dengan lancar. Hati terasa berdebar2 dan teruja.
Ini Alang ingin share gambaran semasa kursus ini.
Ini semasa Alang datang. Jam 1515. Kereta sudah penuh. Tapi Alhamdulillah, masih ada parking lagi.
Bergambar dulu depan Masjid UTeM.
Keadaan dalam Masjid. Penuh dengan jemaah. Tapi anda perlu mendaftar dulu. Dan akan diberi kan group. Iaitu MAKTAB. MAKTAB 90, MAKTAB 91 Dan MAKTAB 92.
Sebelah Masjid UTeM. Bermula dengan Maktab 90, diikuti dengan Maktab 91 Dan Maktab 92. Tawaf Kaabah 7 pusingan dengan memakai Pakaian Ihram.
Diikuti dengan Saie.
Selepas Selesai saie. Beratur untuk ambil Makanan minum petang.
Menunggu solat Maghrib dan Isyak.
Waktu malam, diteruskan dengan Aktiviti ke Arafah, Muzdalifah, Melontar Jamrah.
Melontar Jamrah.
Semasa melontar. Bergambar dulu.
Bermabit dan melontar
Awal pagi keesokkannya. 20 April 2025. Waktu 0645 Selepas subuh. Dilepaskan untuk melakukan Tawaf dan Saie dengan pasangan.
Alhamdulillah. Selesai tawaf dan Saie. Minum dulu.
Suasana semasa.
Sebelum Habis, ada perasmian oleh Yg Dipertua Melaka, Ali Rustam
Terima Kasih kerana membaca.
Comments
Post a Comment