Assalamualaikum. Hari ni 15/4/2025 Selasa, Alang pergi ke pejabat LHDN Melaka untuk mohon ID Tax Company.



Alang baru sahaja register SSM, jadi Alang pergi ke LHDN untuk mohon ID Tax. Al maklum, berkhidmat untuk negara #Madani.
Bangunan LHDN terletak di Ayer Keroh Melaka.
Besarnya bangunan LHDN ni. Bersebelahan dengan Mydin MITC Melaka
Datang ke pejabat, kemudian ambil nombor dan tunggu giliran.
Suasana waktu pagi. Layanz sahaja.
Apabila dah smpai no giliran. Boleh Tanya, apa yang bermain di fikiran anda.
Antara soalan yang Alang tanya adalah. Saya ada SSM, Dan saya ingin dapat kan ID tax untuk ssm tersebut. Macam mana?
Jawapan: Ikutkan setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, secara automatic, akan ada ID TAX.
Jika Perniagaan tersebut adalah Pemilikan tunggal, ID Tax personal sama dengan ID Tax SSM. Bermula dengan IG.....
Tapi kalau ada partners, lebih dari seorang, ID Tax akan berbeza. Ok
Jadi borang kat bawah ni adalah untuk dapat kan access laman web MyTax.
Tapi sebelum itu, anda perlu berjumpa dengan pegawai LHDN di kaunter, pegawai akan tukar ke Perniagaan.
Tapi kalau tidak datang ke kaunter, tidak boleh Isi bahagian Perniagaan. Anda perlu call pegawai lhdn utk tukar kan dlm sistem bahagian Perniagaan.
Isi kan borang tersebut, Dan return semula borang tersebut. Anda perlu tunggu 24 jam, untuk dapat kan email first time log in MyTax.
Apabila anda tekan link tersebut, anda akan terus pergi ke laman web MyTax.
Anda follow, submit, masukkan pasword baru. Setel.
Selepas boleh log in, tugas anda adalah pergi ke
Ezhasil
E kemaskini
Pembayar cukai
Tahniah. Anda telah Berjaya. Ok
Comments
Post a Comment