Akaun Whatsapp Kena Hacked? Jangan Panik! Cara dapat kan Semula Account WhatsApp. Cara Pulihkan Aplikasi Wasap
Akaun Whatsapp Kena Hacked? Jangan Panik! Cara dapat kan Semula Account WhatsApp. Cara Pulihkan Aplikasi Wasap
Assalamualaikum. Hari ni Alang nak share Pengalaman yang Alang sendiri kena. Iaitu Wasap kena hacked. Biasa Alang dengar dari orang lain sahaja. So Alang buat xtahu. Buat x amek port. Bila dah kena batang hidung sendiri. Baru tahu serabut.
Kisahnya, pada 9/3/2025, waktu tersebut Alang tengah repair Steam Iron, tiba2 dapat satu WhatsApp dari Ayah(Mangsa), nak pinjam duit. Kita boleh tahu kalau scammer atau tidak. Based on orang yang biasa Kita bsrkomunikasi kan.
Tngok dari chat tu, ayat lain mcm sahaja. Pastu minta duit. First sangkaan adalah HP ayah Alang hilang. Ni conversationnya.
Minta duit Rm1500 siap ada reference ISMAIL BIN... Power betul nak duit orange ye.
Pastu bila Alang curiga. Alang call ayah. Tapi tidak berjawab. Dua kali juga laa, Alang try call. Tidak berjawab.
Untuk info, rumah Alang Dan rumah Ayah Alang, bersebelahan sahaja. Alhamdulillah, dapat Duduk dekat dengan mak N ayah.
Alang pergi lah jumpa ayah, Dan Tengok Handfon Ayah. Waktu tu, ayah sedang tidur dekat ruang tamu. Sambil pegang HP. Ok. Mmg ada orang lain menggunakan Wasap Ayah!!
Waktu Alang call Wasap tu, Alang dekat depan Telefoon ayah. Hurrmm. Mmg scammer ni. Jahat!
Pastu Alang Tanya Ayah, ada buat apa2 ke. Tetibe kena hacked? Ayah cakap xde.
Sebelum kejadian waktu petang tu, ayah ada tekan link apa entah dari kawan ayah juga. Selepas dari tu, Tetibe terlogout WhatsApp ni.
OK. Dari sini dah boleh tahu, waktu petng kejadiannya. Selepas dari itu, Alang usahakan, masok kan semula nombor telefon. Tapi tidak boleh!!
Lihat di bawah
Bila Alang tekan untuk dapat kan nombor kod 6 digit. Keluar macam ini
Try again dan kod 6 digit di hantar ke INFINIX NOTE 40. Handfon scammed tersebut. Ayah Alang menggunakan Handfon Oppo.
4-5 kali juga tekan, keluar yang sama, seperti di atas.
Selepas dari ni, Alang usahalah, cari bagaimana cara untuk restore WhatsApp yang telah di hack kan. Baca2 dekat Google, cari info dekat TikTok, lihat dekat Facebook dan YouTube. Banyak juga Alang cari. Tapi tidak jumpa penyelesaiannya.
Antara ya suruh hantar email ke support. Itu pun Alang dah hantar. 2 kali
Bawah ini contoh. First skali pada 9/3/25 2342.
Alang Cuba cara ini. Tapi tidak ada Apa2 update dari pihak yang berkenaan.
Selepas dari itu, Alang Wasap dalam group mengadakan jangan transfer apa2 duit. Scammed tu delete mcj tu, Dan jadi kan group tersebut tidak boleh hantar mcj. Padu betul.
Selepas daripada itu, Alang Wasap sorang2 kawan ayah, supaya tidak transfer apa2 duit. Itu sahaja yang Alang boleh Lakukan untuk malam itu.
Selepas itu, perlu tunggu 8 jam lah. Esok pagi, Alang lihat semula WhatsApp, dah boleh dapat kan nombor 6 digit.
Nombor 6 digit yang baru ni, dapat melalui call, jadi standby pen awal2. Ok.
Selepas dari itu, dah setel. Lega sangat. Terus Alang buat kan ayah Alang 2 step verification.
Seram Rasa minta - minta duit ni. Jadi kan pengajaran ye terutama diri sendiri ni.
Antara cara awal untuk block kan account tersebut adalah, transfer seminimum mungkin, Rm1 atau Rm0.01, Dan pastikan remark kan SCAMMER.
Ini Alang share kan,
Dan ini dapat semula duit yang Alang transfer. Hehe.
Ni try transfer lagi. Dah kene block. Esok nya. Transfer Failed.
Itu sahaja perkongsian daripada Alang. Terima Kasih membaca.
Comments
Post a Comment