Cara Mudah Permohonan Gantian Tukar Alamat Kad Pengenalan IC Dan Pertukaran Tempat Mengundi Pilihanraya.
Cara Mudah Permohonan Gantian Tukar Alamat Kad Pengenalan IC Dan Pertukaran Tempat Mengundi Pilihanraya.
Tujuan utama adalah untuk tukar alamat kad pengenalan IC. Supaya dapat mengundi di kawasan yang diduduki. Tapi yang Alang buat ni, bukan untuk diri sendiri, tapi untuk wife.
Apa yang penting anda WAJIB bawa IC, dan juga bil utility. Bil utility seperti bil air atau bil elektrik.
Jikalau anda tidak bawa, anda boleh hantarkan ke Gmail, dan pihak sana akan print dengan bayaran Rm1.
Kalau tidak mahu bayar RM1, anda perlu bawa bil api atau bil air.
Pegawai yang bertugas dah tolong print kan dengan Bayaran Rm1.
Selepas itu, perlu tunggu giliran.
Semasa di kaunter, betulkan alamat dengan baik, dengar arahan dari pihak yang bertugas. Bayaran dikenakan Rm10.
Alang tanya, Alamat hanya tukar dalam sistem kan? Luaran masih sama kan? Maksod nya IC lama boleh guna, cuma dalam sistem lain.
Jawapannya TIDAK. Dalam sistem Dan physical card akan SAMA. Maksodnya, anda akan dapat IC baru.
Semasa di kaunter, anda akan mengambik gambar yang baru.
Selepas itu, anda akan mendapat salinan kertas dan perlu menunggu dalam masa 30 minit.
Bahagian bawah, ada QR code. Anda boleh scan untuk pergi ke laman web JPN. GOV
Itu untuk lihat status. Semakan status permohonan mykad di jabatan Pendaftaran negara.
Ni bahagian belakang surat tu. Sistem Gantian MYKAD.
Selepas itu, anda di minta untuk menunggu dalam masa 30 minit, dan mengambil nombor giliran yang baru.
Untuk info, IC lama anda, akan di ambil Dan di potong untuk tujuan keselamatan. Jika nak buat kenangan, bolehlah siap2 ambil Gambar IC lama, dan simpan di dalam gallery handfon.
Selepas menunggu dalam masa 30 minit, anda boleh ambil nombor giliran yang baru.
Dan seterusnya berjumpa dengan pegawai yang seterusnya.
Selepas itu, anda akan menerima IC yang baru.
Seterusnya, Alang pergi ke PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA yang terletak di BANGUNAN PERSEKUTUAN.
Tujuannya adalah untuk menukar tempat Mengundi semasa Pilihan raya.
Soalan : Kalau anda sudah tukar IC, tapi tidak menukar tempat Pilihan raya, anda akan Mengundi di tempat asal. Jadi kalau anda ingin Mengundi di tempat baru, anda perlu datang di pejabat Pilihan raya untuk menukar tempat Mengundi. Ok
Masuk bangunan persekutuan dan naik life tingkat 20.
Bila dah sampai, boleh berinteraksi dengan pegawai yang bertugas.
Ini Keputusan Pilihan raya umum Dun dan Parlimen Melaka
Tunggu pegawai, dengar arahan dan siap. 5 minit sahaja.
Selepas sebulan ++ anda boleh semak dan cek dalam sistem pihan raya.
Itu sahaja. Terima Kasih kerana membaca. Harap bermanfaat.
Tq support inspirasi Alang daripada AlangNAfiq
Comments
Post a Comment