Bil Elektrik TNB Naik Melambung? Apakah Pilihan Anda? Aircond, Wind Turbine Ventilation, atau Exhaust Fan? Cara Untuk Mengurangkan Rasa Panas Di Dalam Rumah

Bil Elektrik Naik Drastik / Mendadak Disebabkan Smart Meter? Kenal Pasti Punca dan Cara Mengatasinya.

Baru - baru ini di Melaka, kecoh bil api naik mendadak disebabkan oleh Smart Meter yang di pasang oleh pihak TNB di setiap rumah yang ada di melaka.

Bil api TNB Naik Melambung? Apakah Pilihan Anda? Aircond, Turbine Ventilation, atau Exhaust fan?
Contractor For TNB. SMART METER

Bil api TNB Naik Melambung? Apakah Pilihan Anda? Aircond, Turbine Ventilation, atau Exhaust fan?
Smart Meter TNB

Rata - rata pengguna meluahkan rasa ketidak puasan mereka di media sosial terutama Facebok, dengan harapan, pihak TNB menyemak semula Smart Meter yang telah pasang. 

Pengguna sangat gusar dan risau tentang bil api naik. Iyalah, siapa yang tidak risau kan. Tuan badan yang menanggung lah risau. Nak tak nak, tetap kena bayar.

Bila tanya dari pihak TNB, banyak jawapan yang diterima. Huurrmmm. Ramai pengguna berasa tidak puas hati dengan ulasan / penerangan yang diberikan. 

Bil api TNB Naik Melambung? Apakah Pilihan Anda? Aircond, Turbine Ventilation, atau Exhaust fan?
Contoh Bil Elektrik Bulan 5 Tahun 2019. RM243.73

Bil api TNB Naik Melambung? Apakah Pilihan Anda? Aircond, Turbine Ventilation, atau Exhaust fan?
Contoh Bil Elektrik Bulan 5 Tahun 2019

Apakah Punca Utama Bil Elektrik Naik?

Sebab utama adalah penggunaan harian kita. Kita kerap/selalu menggunakan aircond di dalam rumah. Tapi, bila meter elektrik ditukar ke Smart Meter, kenapa semakin tinggi bil elektrik?

Ini anda perlu tanya pihak berwajib atau pihak yang bertanggungjawab iaitu Tenaga Nasional Berhad, TNB. Anda boleh mendengar penjelasan yang diberikan dari pihak berwajib. 

Apakah Langkah Proactive Anda? Ada Ke Cara Mengatasinya?

Mesti anda akan cuba kurangkan penggunaan elektrik di rumah anda. Betul? Tapi masalahnya, dekat Malaysia ni panas. Penggunaan utama domestik mahupun industri adalah aircond / penghawa dingin.

Ada Ke Cara Untuk Menggantikan Penghawa Dingin Rumah Supaya Keadaan Dan Suhu Dalam Rumah Berkeadaan Nyaman?

Bil api TNB Naik Melambung? Apakah Pilihan Anda? Aircond, Turbine Ventilation, atau Exhaust fan?
Aircond / Penghawa Dindin

Setakat ini, masih tiada lagi. Aircond adalah satu mekanisma terbaik untuk menukar suhu bilik dari panas ke sejuk dengan drastik. 

Ada yang mencadangkan / suggest, anda perlu memasang air ventilation. Boleh percaya ke?

Haaa. Ini yang Alang nak sharekan dan kongsikan kepada anda. Kerana Alang dah pasang dah kesemua benda - benda ini di rumah Alang.

Aircond ada, Wind Turbine Ventilation ada, dan Exhaust Fan pun ada.

Bil api TNB Naik Melambung? Apakah Pilihan Anda? Aircond, Turbine Ventilation, atau Exhaust fan?
Aircond / Penghawa Dingin

Bil api TNB Naik Melambung? Apakah Pilihan Anda? Aircond, Turbine Ventilation, atau Exhaust fan?
Wind Turbine Ventilation

Cara Untuk Mengurangkan Rasa Haba Panas Di Dalam Rumah.
Exhaust Fan
Jadi, Alang boleh kongsikan pengalaman dan apa yang Alang rasa kepada anda semua.

Cara Untuk Mengurangkan Rasa Haba Panas Di Dalam Rumah.

Ada dua cara untuk mengurangkan suhu panas di dalam rumah antaranya adalah anda boleh pasang wind turbine ventilation atau anda boleh pasang exhaust fan.

Wind Turbine Ventilation? Apa tu?

Wind Turbine Ventilation adalah sesuatu benda yang di pasang di atas bumbung di sesebuah kediaman. Secara teorinya adalah turbine ventilation ditugaskan untuk menarik udara panas / bahang panas matahari yang terperangkap di dalam bumbung rumah secara naturally / semula jadi. 

Macam Mana Angin Boleh Ditarik Naturally / Semula Jadi? 

Kalau belajar science teori zarah, apabila bendalir (cecair atau gas)  dipanaskan, bendalir itu mengembang dan menjadi kurang tumpat. Bendalir yang panas menaik dan bendalir yang sejuk mengalir masuk ke dalam mengambil tempat bendalir panas. Keputusannya arus perolakan berlaku dalam bendalir. 

Haba dibawa ke atas oleh zarah - zarah cecair atau gas. Apabila bergerak ke atas, proses ini dinamakan perolakan. 

Cara Untuk Mengurangkan Rasa Haba Panas Di Dalam Rumah.

Sebab itu, haba / suhu bergerak dari panas ke sejuk. Udara sejuk berada di bawah, udara panas berada di atas. 

Berkenaan dengan wind turbine ventilation, anda boleh pasang dan anda memerlukan kos yang agak tinggi. Berkenaan dengan efficiency / keberkesanan pula, Alang rasa sama sahaja. Tiada perubahan suhu yang ketara. Masih lagi rasa panas dan bahang di dalam rumah. 

Tapi, Belajar Teori Dah Betul Dah. Kenapa Masih Lagi Rasa Panas?

Alang dengar dan ada yang melalui bacaan, ada yang mengatakan, bahang panas ini, datangnya dari dua sumber yang berlainan iaitu

Yang pertama datang dari bumbung rumah. 
Yang kedua, datang dari batu dinding rumah. 

Kalau ikutkan, bahang dari bumbung rumah saya dah settlekan dengan memasang wind turbine ventilation. Masalahnya sekarang, bahang dari batu dinding rumah yang menyebabkan rumah anda masih lagi terasa bahang. 

Selepas beberapa lama, Alang terpikir. Macam mana cara bekerja Aircond / penghawa dingin rumah? 

Bagaimana Cara Aircond / Penghawa Dingin Rumah Bekerja? Bagaimana Angin Sejuk Terjadi?

Cara Untuk Mengurangkan Rasa Haba Panas Di Dalam Rumah.
Penyaman Udara / Aircond

Apa yang membuatkan aircond sejuk? 

Sebab ada gas aircond. 

Macam mana gas aircond boleh menyebabkan bilik sejuk?

Gas aircond sejuk. Gas aircond akan bergerak dari compressor ke finn indoor unit (dalam rumah). Kemudian gas aircond akan melalui finn/sirip. Tugas finn adalah enlarge surface area (membesarkan ruang permukaan). Di situ, blower akan menarik udara, dan udara itu akan melalui finn akan sejuk. Di situlah udara sejuk terhasil. Kemudian udara sejuk ditarik oleh blower dan dilepas kan ke persekitaran iaitu di dalam bilik. Hasilnya udara dalam bilik akan menjadi sejuk. 

Exhaust Fan

Maksud Exhaust Fan adalah untuk menarik udara di dalam rumah untuk dibawa / dibuang ke luar. Kebiasaannya, anda boleh lihat di tandas. Exhaust fan dipasang di tingkap tandas. Tugasnya untuk membuang udara panas dan bau / odor yang terhasil daripada manusia. 

Sebelum Alang nak ulas dengan lebih lanjut, Alang nak tanya anda semua. Pada waktu malam, siapa rasa udara di dalam rumah panas, tapi bila anda berada di luar rumah, anda rasa sejuk. Betul tak?

Haaaa. Inilah yang Alang rasa. Dan membuatkan Alang terpikir seketika. Jadi, Alang kaitkan dengan cara penghawa dingin bekerja. Jadi, terjadinya exhaust fan terbalik. 

Exhaust Fan Terbalik?

Apa maksudnya. 

Maksodnya, anda terbalikkan exhaust fan itu. Kiranya, anda menarik udara sejuk dari luar rumah, untuk masuk ke dalam rumah. 

Cara Untuk Mengurangkan Rasa Haba Panas Di Dalam Rumah.
Gambar dari luar rumah
Cara Untuk Mengurangkan Rasa Haba Panas Di Dalam Rumah.
Gambar dari dalam rumah iaitu bilik.
Jelas kan gambar di atas. Angin sejuk dari luar rumah ditarik masuk ke dalam rumah. Ini secara tidak langsung, akan mempercepatkan perubahan suhu di dalam bilik kerana udara sejuk yang ditarik oleh exhaust fan akan menggantikan udara panas yang berada di dalam rumah. 

Cara Wiring Exhaust Fan

Berkenaan dengan wiring exhaust fan, ianya sangat - sangat mudah. Anda hanya memerlukan connector dan kemudian disambung dengan 3 urat wire. Kemdian, sambungkan wire tersebut ke plug top. Settle. 

Cara Untuk Mengurangkan Rasa Haba Panas Di Dalam Rumah.
Sambungkan wire ke connector

Cara Untuk Mengurangkan Rasa Haba Panas Di Dalam Rumah.
Wire disambungkan ke Plug Top
Cara Untuk Mengurangkan Rasa Haba Panas Di Dalam Rumah.
Wiring Exhaust Fan


Kenapa Saya Letakkan Exhaust Fan Di Tingkap?

Kerana ia adalah percubaan pertama, dan Alhamdulillah, menjadi. Tapi dalam bilik Alang, bukannya ada satu tempat khas untuk exhaust fan.

Anda perlu cuba dahulu, dan kalau ianya bersesuaian dan selesa dengan suhu badan anda, anda boleh proceed dan buat dengan cermat rumah anda. Maksudnya, ada tempat exhaust fan, dan ada proper wiring.

Alhamdulillah, jika anda rasa ianya bermanfaat,share artikel ini dan jangan lupa SUBSCRIBE Alang punya YOUTUBE CHANNEL. SEARCH ALANG N AFIQ. Klik Sini.

Selepas baca, tinggalkan komen - komen anda dan kongsikan idea yang anda ada di ruangan komen di bawah. Bersama - sama kita berkongsi ilmu agar manfaatnya menyeluruh. Terima Kasih.

Sekian sahaja butiran hikmah dari saya, Alang. 

Comments

  1. Wow terbaik akhirnya dlm jawapan yg saya cari selama ini.. Kenapaatgh org letak exhause fan terbalik..

    ReplyDelete
  2. alhamduLillah... Terbaik..

    ReplyDelete
  3. Tapi ada jual exhaust fan 2 way..cuma mahal sikit

    ReplyDelete
  4. terbaik Alang.. dapat juga idea nak buat exhaust fan terbalik kat bilik tidur dan ruang tamu...

    ReplyDelete

Post a Comment